Berita

Rafah diserang, Afrika Selatan memberi tekanan kepada Israel untuk gencatan senjata segara

JOHANNESBURG – Serangan yang berterusan di Rafah menyebabkan Afrika Selatan menggesa sekali lagi Mahkamah Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengenakan lebih banyak tekanan undang-undang ke atas Israel supaya menghentikan serangan.

Pretoria sudah pun membuat aduan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, dengan mendakwa serangan rejim Zionis ke atas Gaza sama dengan pelanggaran Konvensyen Genosid.

Bagaimanapun, mahkamah masih belum memutuskan isu asas, tetapi pada 26 Januari lalu ia mengarahkan Israel untuk memastikan mengambil tindakan melindungi orang awam Palestin daripada bahaya selanjutnya dan membenarkan bantuan kemanusiaan. – DISINI

Kempen Israel diteruskan, bagaimanapun tenteranya kini sedang bersiap sedia untuk operasi Rafah, di mana lebih separuh daripada 2.4 juta penduduk Gaza mencari perlindungan daripada pengeboman.

Bagi Afrika Selatan, ia sudah cukup untuk meminta ICJ menyemak semula langkah-langkah sementaranya dan mengeluarkan perintah yang lebih tegas.

Negara itu sangat bimbang serangan ketenteraan yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap Rafah seperti yang diumumkan Israel, akan menyebabkan dan mengakibatkan pembunuhan, kecederaan serta kemusnahan berskala besar.

“Ini akan menjadi pelanggaran serius dan tidak boleh diperbaiki kedua-dua Konvensyen Genosid dan Perintah Mahkamah pada 26 Januari 2024.

“Afrika Selatan percaya perkara ini akan menerima keperluan mendesak berikutan jumlah kematian harian di Gaza,” kata presiden Afrika Selatan.

Mahkamah belum mengesahkan menerima permintaan Afrika Selatan, dan ia tidak bertanggungjawab untuk mempertimbangkannya.

SERANGAN NEGARA HARAM ISRAEL KEATAS KAWASAN RAFAH

  • Rafah

Agensi berita Palestin (WAFA) melaporkan bahawa negara haram Israel dan pihak ketenteraannya telah melancarkan serangan di kawasan Rafah dan pada awal pagi isnin dilaporkan lebih dari 100 orang awam di kawasan Rafah dibunuh termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan tenteranya untuk menyerang tempat perlindungan terakhir rakyat Palestin ini yang menempatkan lebih kurang 1.4 juta rakyat Palestin yang kebanyakan dari mereka tinggal di khemah dengan kekurangan bekalan makanan, air dan ubat-ubatan. 

Secara jumlahnya, Israel telah membunuh hampir 30, 000 rakyat Palestin dan memberitahu rakyat Palestin untuk bergerak ke Rafah yang disebut sebagai “zon selamat”, namun sudah terang lagi bersuluh kenyataan tersebut merupakan penipuan kerana Rafah kini diserang oleh pihak kejam Israel.

Tel Aviv mendakwa, empat briged Hamas berada di Rafah dan menggunakan alasan ini untuk menyerang Rafah melalui udara dan sedang dalam perancangan untuk melakukan serangan darat.

Tak cukup dengan itu, Israel turut merancang untuk mengosongkan bandar Rafah menyebabkan orang-orang yang mendapat perlindungan di sana tak mempunyai tempat lain untuk lari.

Dari sungai hingga ke segara, Palestin pasti merdeka.

SUMBER : BERITA HARIAN, LOBAK MERAH

Related Articles

Back to top button