Portal Hello

PRIME Dilancar di Sabah: Perkukuh Komunikasi & Tindak Balas Bencana Lebih Pantas

TAWAU, 7 September 2025 – Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) dilancarkan di Sabah hari ini, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil sempena program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sungai Imam, Tawau.

PRIME merupakan inovasi komunikasi bergerak berasaskan kenderaan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dilengkapi dengan teknologi satelit, rangkaian selular, radio mudah alih, Wi-Fi dan dron. Ia membolehkan operasi menyelamat dijalankan secara pantas dan berkesan di kawasan terjejas bencana, sekali gus meningkatkan keberkesanan penyelarasan bersama agensi keselamatan dan penyelamat.

Sehingga kini, dua unit PRIME telah ditempatkan di Semenanjung Malaysia dan Sabah, manakala unit ketiga dijangka siap untuk Sarawak pada Oktober 2025.

Dalam pada itu, sambutan HBK turut diraikan di 1,099 pusat NADI seluruh negara dengan pelbagai pengisian termasuk Jualan RAHMAH KPDN, aktiviti komuniti pintar dan pameran usahawan tempatan

Exit mobile version