Portal Hello

PM Anwar Angkat Institusi Pondok, Buktikan Komitmen Kerajaan Bela Pendidikan Islam

PUTRAJAYA, 22 Julai 2025 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya bukan sekadar bermain retorik apabila mengarahkan Kementerian Kewangan segera merangka pelan menyeluruh bagi memperkasa institusi pondok di seluruh negara.

Langkah berani itu sekali gus menepis tuduhan pembangkang kononnya kerajaan hari ini meminggirkan institusi Islam tradisional. Sebaliknya, Anwar tampil sebagai pemimpin yang benar-benar memahami nilai dan kedudukan sekolah pondok dalam membina jatidiri bangsa serta kekuatan rohani negara.

“Cukup-cukuplah politik agama. Kita bukan nak pamer, kita nak laksana. Pondok perlu dibantu, bukan dijadikan bahan kempen,” tegas Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat khas bersama Perbendaharaan dan agensi agama.

Pelan Aksi: Dana, Digital & Pemodenan

Menurut sumber, pelan tersebut akan melibatkan tiga komponen utama:

 • Peruntukan kewangan khusus bagi membaik pulih infrastruktur pondok yang daif

 • Pemerkasaan tenaga pengajar melalui latihan dan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi

 • Digitalisasi sistem pembelajaran untuk membuka akses ilmu kepada generasi muda

Langkah ini dilihat sebagai tindakan tegas membela maruah institusi pondok, yang sekian lama diabaikan ketika zaman pentadbiran terdahulu.

Bukan Janji Kosong, Ini Tindakan Nyata

Penganalisis politik melihat langkah ini sebagai tamparan kepada pembangkang yang sering menjaja naratif kononnya kerajaan tidak peduli soal Islam. Kali ini, kerajaan bukan sekadar bercakap, tetapi bertindak dengan dasar yang jelas dan pelaksanaan segera.

“Mereka main persepsi. Kita main tindakan. Pondok bukan warisan yang dilupakan, ia benteng ilmu dan iman yang kerajaan ini mahu bangunkan semula,” ujar seorang pegawai kanan kementerian yang terlibat dalam pelan ini.

Institusi Pondok Dapat Nafas Baharu

Beberapa pengendali sekolah pondok menyambut baik langkah itu, menyifatkan ia sebagai satu pengiktirafan rasmi tertinggi terhadap peranan institusi pondok dalam pembangunan masyarakat.

“Zaman dulu kami berdikari. Zaman ini, kami dihargai. Terima kasih Perdana Menteri,” kata seorang mudir pondok dari Perlis.

Exit mobile version