PARIS – Pemain perseorangan lelaki badminton negara, Lee Zii Jia mengharumkan nama negara Malaysia apabila berjaya memenangi pingat gangsa dalam edisi Olimpik Paris 2024 kali ini.
Pingat ini sekaligus menjadi pingat kedua secara keseluruhan setakat ini dalam temasya sukan Olimpik Paris 2024 ini.
Kejayaan Zii Jia merampas pingat gangsa dengan mengalahkan Lakshya Sen dari India pada malam semalam dengan skor 13 – 21, 21 – 16 dan 21 – 11.
Pemain yang berusia 26 tahun dan berasal dari Kedah itu mengalami kesukaran pada set pertama namun kembali bangkit dengan aggresif pada set kedua dan rubber set.
Zii Jia yang kini merupakan pemain badminton kedudukan 7 di dunia tewas kepada pemain kedudukan 8 di dunia iaitu Kunlavut Vitidsarn pada aksi separuh akhir dengan skor 14 – 21, 15 – 21.
Mengikuti sesi temu bual Astro Arena bersama Lee Zii Jia, pemenang pingat gangsa tersebut mengatakan beliau sedang melalui fasa yang sukar dalam hidup sebelum layak ke Olimpik dan tekanan atau kritikan di media sosial juga memainkan peranan dalam menggangu momentum dan semangat beliau ketika berada di pentas tertinggi.
Namun, Zii Jia kata dia hanya mampu mendiamkan diri, “silent” dan perbaiki dirinya untuk membuktikan yang beliau juga boleh bertanding di pentas tertinggi dan membawa balik pingat untuk dirinya dan untuk negara.
Meskipun sasaran para atlet adalah untuk mendapatkan emas, akan tetapi semangat dan usaha Zii Jia untuk terus lawan membuktikan beliau masih layak untuk mendapatkan pingat ketiga terbaik dalam pentas Olimpik iaitu gangsa.
Klik disini untuk melihat temu bual secara penuh.
Sekali lagi, tahniah Lee Zii Jia atas semangat juangnya dan pingat gangsa yang dibawa bersama !
SUMBER : SINAR HARIAN
