Sempena perayaan Deepavali yang akan diraikan di Kepala Batas, YB Dato’ Sri Reezal Merican mengambil kesempatan menyantuni dan menyampai sumbangan kepada penduduk kaum India di Kepala Batas hari ini.
Mengambil berat dan membantu antara satu sama lain walau berlainan bangsa merupakan antara komited yang dijunjung aspirasi Keluarga Malaysia digagaskan YAB Perdana Menteri.
“Terima kasih saya ucapkan kepada komuniti dan masyarakat India di Kepala Batas kerana sudi menerima niat baik saya dengan hati yang terbuka, semoga sumbangan ini membawa berkat dan paling utama memeriahkan lagi suasana dan sambutan Deepavali.”
Dato Sri Reezal Merican juga amat berbesar hati dengan kehadiran pemimpin-pemimpin kaum india; Cikgu AK Muniandy Arokiam, Ketua MIC Bahagian Kepala Batas; En Velliathum @ Vellu, Ketua PPP Bahagian Kepala Batas; dan En Thinagaran, Pemangku Pengerusi IPF Bahagian Kepala Batas.
Turut hadir bersama Dato’ Haji Roslan Saidin, Pengerusi Pengurusan UMNO Bahagian Kepala Batas; Dato’ Haji Ahmad bin Darus, Wakil Ahli Parlimen Dun Pinang Tunggal; Ustaz Mohd Naim bin Salleh, wakil Ahli Parlimen DUN Penaga; dan Dato’ Haji Shariful Azhar bin Othman, wakil Ahli Parlimen DUN Bertam.
“Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang menyambutnya dan semoga perayaan kali ini akan lebih ceria dari tahun sebelumnya.” katanya
#DemiKepalaBatas
