Petang ahad yang lalu, Dato’ Seri Reezal Merican berkesempatan menyantuni penduduk Amansara South Setia Fontaines dan seterusnya merasmikan surau di kawasan perumahan baru di Bandar Bertam.
Beliau sangat gembira melihat pembangunan perumahan baharu di kawasan ini. Dimana boleh dikatakan ia sebagai projek paling bongsu di Kepala Batas setakat ini, bermakna yang paling terkini dibangunkan dan sudah pun mula didiami.
Katanya, “Saya lihat ada juga orang-orang luar dari parlimen ini yang bakal mendiami kediaman di sini, selamat datang ke Keluarga Besar Kepala Batas saya ucapkan. Kepada kejiranan baharu di sini, saya doakan kalian dapat membentuk satu komuniti yang saling mengambil berat antara satu sama lain dan pastinya hidup dalam suasana damai dan harmoni, terapkanlah semangat kekeluargaan yang utuh di sini, di Kepala Batas ini.”
Dengan memanfaatkan surau yang serba lengkap sebagai satu platform untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang memanfaatkan komuniti setempat.
