Portal Hello

Pengurangan OPR Mulai Tunjuk Kesan, Sokong Pertumbuhan Ekonomi – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa langkah pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Julai lalu telah mula menunjukkan kesan positif terhadap sistem perbankan negara dan dijangka terus menyokong pertumbuhan ekonomi bagi suku keempat tahun 2025 hingga tahun 2026.

Menurut jawapan bertulis di Dewan Rakyat, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pengurangan sebanyak 25 mata asas daripada 3.00 kepada 2.75 peratus telah membawa kepada penyesuaian kadar faedah rujukan seperti Kadar Asas Standard (SBR) dan Kadar Asas (BR).

“Pelarasan ini sejajar dengan langkah pengurangan OPR yang dilaksanakan, dan dijangka memberi kesan positif kepada kos pembiayaan serta aktiviti ekonomi negara,” katanya.

Langkah tersebut turut dilihat sebagai sebahagian daripada strategi kerajaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal stabil di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.

Exit mobile version