KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pengumuman yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar dasar biasa, tetapi bukti nyata bahawa kerajaan pimpinan beliau benar-benar mendengar rintihan rakyat dan bersedia bertindak demi kesejahteraan seluruh warga Malaysia.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif yang diumumkan itu mencerminkan sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, yang memahami denyut nadi golongan marhaen dan tidak terputus daripada realiti kehidupan rakyat terbanyak.
“Di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita menyaksikan pendekatan yang menyeluruh, berpaksikan data dan suara rakyat. Program Sejahtera MADANI bukan slogan, tetapi satu ikrar – bahawa tiada siapa akan dipinggirkan dalam perjalanan membina Malaysia yang lebih adil dan saksama,” katanya.
Fahmi menegaskan bahawa langkah-langkah yang diumumkan adalah sebahagian daripada misi nasional untuk memulihkan ekonomi rakyat, menjamin keadilan sosial, serta memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam landskap global yang mencabar.
“Ini bukan soal politik, ini soal masa depan negara. Kerajaan Madani adalah kerajaan yang bertanggungjawab, dan pengumuman ini adalah refleksi kesungguhan untuk meletakkan rakyat sebagai keutamaan mutlak,” ujarnya lagi.
Program Sejahtera MADANI bakal dilancarkan secara rasmi pada 24 Julai, dijangka membawa pelbagai inisiatif besar dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan kos sara hidup
