PUTRAJAYA – Penggunaan istilah “Keling” pada program Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak Khamis lepas hanyalah merujuk kepada petikan daripada buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, dan tidak bermaksud untuk menghina mana-mana pihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata istilah “Keling” itu diambil daripada buku berkenaan yang menceritakan bahawa Hang Tuah mempunyai penguasaan bahasa yang banyak termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Siam dan Bahasa Keling yang diambil daripada istilah Kalinga.
“Sekarang, istilah Keling tidak disenangi banyak pihak, jadi saya tak gunakan. Saya cuma (ambil) quotes dalam buku itu.
“Kalau ada yang salah faham, saya minta maaf, bukan niat saya. Saya orang terakhir yang melontarkan ekspresi menghina kaum dan agama,” katanya pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian 3 hari yang lalu.
VIDEO PENJELASAN PERDANA MENTERI DATUK SERI ANWAR IBRAHIM – DI SINI
REAKSI NETIZEN BERKENAAN KES
Berikutan isu ini, sudah pasti netizen di media sosial mempunyai bermacam-macam reaksi tentang penggunaan perkataan “Keling” tersebut.
3 hari yang lalu dan berterusan video Anwar menjelaskan kenapa beliau menyebut perkataan tersebut seperti di atas dan ia menjadi tular dan termasuk dalam carta “trending” buat seketika waktu.
Seperti kita lihat di atas, pengguna platform X yang menggunakan nama Das Real Amida (@realVarisu) menyatakan reaksi segelintir pihak terlebih-lebih apabila tindakan Anwar itu dianggap sebagai hinaan dan dia berkata Anwar menggunakan ayat tersebut dalam konteks teks asal pada zaman Hang Tuah yang merujuk kepada zaman Kalinga.
“Sebagai seorang yang berbangsa India, perkataan Keling itu dalam konteks yang asal tidak dianggap sebagai hinaan kerana ada sejarah penggunaannya. Gunakan reaksi untuk melawan isu perkauman kepada yang betul-betul berniat untuk hina bangsa India.” tambahnya lagi.
Seterusnya, pada gambar yang kedua ada satu lagi komen dari Yasmin Zulhaime (@yasminzulhaime) yang memberikan pendapat yang berbeza berkenaan isu ini.
“Tolong faham komuniti Tamil & India di Malaysia dah cakap berkali-kali yang kita, orang Melayu tak ada hak untuk guna perkataan tu atas dasar apa sekali pun, sebab kita sendiri yang lama guna perkataan tu sebagai makian.” ujarnya.
Dia menunjukkan bahawa dia tidak bersetuju dengan tindakan menggunakan perkataan tersebut, walaupun dalam konteks yang disebutkan oleh Anwar.
SUMBER : SINAR HARIAN, FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
