Portal Hello

Palestin dipertahankan meskipun ugutan mulai timbul – PM Anwar

KUALA LUMPUR –  Semalam, program Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang dijalankan di Axiata Arena Bukit Jalil yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan ucapan yang tegas dan lantang berkenaan isu Palestin.

Progam berhimpun untuk menunjukkan solidariti terhadap Palestin tersebut juga dihadiri oleh lebih 16,000 orang yang datang dari pelbagai latar belakang dari segi agama, kaum dan negara.

Anwar mengakui bahawa beliau ada menerima ugutan dari negara dan kuasa-kuasa besar luar kerana menyokong Palestin, namun beliau tegas dalam mengatakan dirinya tidak mudah dikawal dan dipengaruhi oleh mereka yang mengugut.

Anwar menyatakan dalam ucapan beliau semalam, “Saya dikritik sekarang. Mula diserang oleh beberapa kalangan Eropah, Amerika Syarikat dan tentunya Israel.”

“Selagi saya diberi mandat oleh rakyat, saya tidak terima ugutan itu(ugutan negara luar), kita lawan.”tambahnya lagi.

Selain itu, beliau juga mengkritik negara-negara barat yang sering mempersoalkan hak asasi manusia dan kebebasan seperti contoh yang kita nampak sewaktu kes negara Rusia ingin mengambil tanah Ukraine.

Namun, apabila isu yang hampir sama dengan konflik Rusia – Ukraine yakni tertumpu kepada Palestin, negara-negara barat seolah olah membutakan mata mereka dan tidak mahu berkata apa apa malah banyak negara menyokong tindakan Israel.

Negara Haram Israel giat terus menceroboh tanah Palestin sejak 75 tahun yang lalu dan Anwar menyuarakan bahawa keadaan di Gaza akan menjadi lebih teruk jika tentera Israel akan meneruskan kekejaman mereka di sana.

Pada masa yang sama, Anwar juga ada berkongsi hasil beliau berkunjung ke beberapa negara Arab seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Mesir dan Turkiye.

Perbincangan antara mereka sudah semestinya ada berkaitan dengan soal masa depan Palestin dimana mereka menunjukkan komitmen untuk menghalang penindasan Israel.

Mereka bersetuju dan bersepakat untuk memberikan bantuan bekalan asas untuk Palestin secara jalan darat dan udara melalui sempadan Rafah.

Susulan itu, Anwar telah berjumpa dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi kerana Mesir mempunyai peranan yang besar dalam isu ini kerana sempadan Rafah itu dikawal oleh Mesir dan juga negara Haram Israel.

Anwar menyatakan negara kita Malaysia menyokong pendirian Mesir untuk beri laluan penuh kepada sesiapa sahaja untuk menyalurkan bantuan.

“Ia termasuk negara mana saja sama ada Turkiye, Arab Saudi, UAE, banyak lagi negara lain termasuk Malaysia untuk hantar dengan kapal terbang, kapal bahkan apa saja… Mesir akan terima dan bantu mengirim masuk (bantuan) ke Gaza.” ujar beliau.

SUMBER : BERNAMA, BERITA HARIAN

Exit mobile version