Portal Hello

Noh tuntut penjelasan Mizz Nina, “berebut” menjaga Musa

Noh

SHAH ALAM – Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menginginkan jawapan jelas daripada bekas isterinya, Mizz Nina berkenaan penarikan balik kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara bagi anak angkat mereka, Musa.

Noh ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosiding penarikan balik kes itu turut mengharapkan kemelut bersama Mizz Nina selesai dengan baik.

“Saya nak tunggu jawapan dia (Mizz Nina). Kenapa tarik semula dan kita nak balas dan terus-terang sejak awal kenapa nak selamatkan Musa.

“Saya harap semua selesai. Benda gaduh-gaduh daripada mereka, kami nak selesaikan dengan cara baik,” katanya kepada Berita Harian sewaktu ditanya.

Noh tiba seawal jam 8.45 pagi bersama peguam yang mewakilinya, Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin.

Sementara itu, Mizz Nina hadir bersama suaminya, Essam Muhammad pada jam 9.05 pagi.

Untuk pengetahuan tambahan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman berkahwin untuk kali kedua bersama suami baharunya, Essam Muhammad pada 15 Jun 2023 yang dilangsungkan secara tertutup yang dipercayai diadakan di luar negara. – DISINI

“Kami akan jelaskan selepas ini,” katanya Essam ringkas sambil berlalu memasuki ruang lobi mahkamah berkenaan.

Semalam, Mizz Nina memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara bagi Musa.

Peguam syarie mewakili Mizz Nina iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, tiada proses sulh yang berlaku semalam dan hari ini, Mizz Nina akan kembali untuk mengesahkan di hadapan hakim.

“Esok (hari ini) kes ini akan disebut di hadapan hakim untuk mengesahkan penarikan balik.

“Jadi, tiada sulh sebab kami sudah memfailkan penarikan balik dan sulh dibatalkan sebab pihak plaintif (Mizz Nina) tidak ingin meneruskan tindakan,” katanya.

Untuk info tambahan, Noh Salleh dan Mizz Nina bercerai sekitar bulan Ogos pada tahun 2022 dan pada masa itu dikatakan mereka bercerai secara baik dan tiada perbalahan berlaku.

Sewaktu mereka mendirikan rumah tangga pada bulan Julai tahun 2011, mereka tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkhawinan mereka dan memilih untuk menjaga seorang anak angkat yang sekarang menjadi “perebutan” antara dua dua belah pihak.

SUMBER : BERITA HARIAN

Exit mobile version