Portal Hello

Malaysia raih kemenangan kedua, kalahkan Latvia 5-0

BIRMINGHAM, 1 Ogos -- Pasangan beregu Aaron Chia Teng Fong (depan) bersama Soh Wooi Yik membalas hantaran lawannya dari England, Ben Lane dan Sean Vendy pada perlawanan separuh akhir badminton campuran berkumpulan di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Dewan NEC pada Isnin. Pasangan negara berjaya mendapat mata ketiga dengan kemenangan 21-17 dan 21-18. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA BIRMINGHAM, Aug 1 -- Doubles pair Aaron Chia Teng Fong (front) with Soh Wooi Yik return a pass from England's Ben Lane and Sean Vendy in the group mixed badminton semi-final match at the Birmingham 2022 Commonwealth Games at the NEC Hall on Monday. The national pair managed to get the third point with a 21-17 and 21-18 victory. --fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan rentak cemerlang selepas meraih kemenangan kedua menewaskan Latvia 5-0 dalam saingan Kumpulan A Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2022 di Sepanyol, pada Selasa.

Skuad remaja negara meraih mata pertama menerusi beregu campuran Choi Jian Sheng-Lai Ting Cen yang mengecewakan Rihards Zugs-Arina Babre 21-12, 21-8 dalam perlawanan di Paalcio de Deportes de Santander.

Pemain perseorangan lelaki Justin Hoh meraih kemenangan mudah ke atas Toms Salam 21-4, 21-3 untuk mata kedua diikuti perseorangan wanita Siti Nurshuhaini Azman yang menyumbang mata ketiga dengan kemenangan 21-10, 21-8 ke atas Anna Kupca.

Malaysia yang memulakan kempen dalam saingan Kumpulan A menewaskan Sweden 5-0 pada Isnin, akan berdepan Indonesia hari ini, bagi merebut slot ke suku akhir.

Sebanyak 38 negara diundi dalam lapan kumpulan mengambil bahagian dalam acara berpasukan campuran itu.

Setiap juara kumpulan akan mara ke suku akhir manakala naib juara pula berentap dalam penentuan tempat 9-16, tempat ketiga akan bersaing merebut tempat 17-24 manakala tempat keempat dan kelima masing-masing akan menentukan kedudukan 24-32 dan 33-38.

Exit mobile version