Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan daripada Perutusan Khas Presiden Amerika Syarikat, TYT John Kerry.
Menurusi hantarannya di Facebook Rasmi Perdana Menteri, dalam perbincangan itu telah menyentuh beberapa isu iaitu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim.
Hal ini kerana, perubahan iklim yang kian meruncing dan telah memberikan kesan yang besar di seluruh dunia.
“Saya berkongsi aspirasi Malaysia untuk mencapai pelepasan GHG bersih sifar seawal tahun 2050”
“Amerika Syarikat sebagai salah satu negara maju wajar menjadi peneraju dalam mengekang perubahan iklim dan kesan-kesannya ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia dengan menyediakan bantuan kewangan, kapasiti dan sokongan teknologi yang mencukupi untuk membantu negara membangun melaksanakan agenda dan tindakan iklim masing-masing,” ujarnya lagi.
Dalam perbincangan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan harapan Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam peralihan tenaga boleh baharu, pengurangan pelepasan gas metana, pembiayaan iklim dan teknologi.
