Portal Hello

Malaysia Luluskan Pelaburan RM160 Bilion Pada Enam Bulan Pertama 2024 – PM Anwar

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan 30 Tahun Khazanah Malaysia di MITEC, Kuala Lumpur pada 3 September 2024. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT -

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM160 bilion merentasi pelbagai sektor bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, mewakili peningkatan 18 peratus bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan itu melibatkan 3,000 projek baharu yang membuka peluang pekerjaan kepada 79,000 anak muda.

“Dari segi pelaburan dengan kerjasama semua kementerian dan agensi, kita saksikan pelaburan yang diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini melonjak kepada RM160 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 18 peratus, ketimbang tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di sambutan ulang tahun Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) Ke-30, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memberitahu, petumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pula mencatatkan 4.2 peratus pada suku pertama dan 5.9 peratus pada suku kedua tahun ini.

Pertumbuhan itu katanya, melebihi unjuran awal yang ditetapkan dan matawang ringgit Malaysia juga kukuh pada tahap RM4.37 berbanding dolar Amerika Syarikat.

SUMBER: ASTRO AWANI

Exit mobile version