Nasional

Malaysia Kekal Bersolidariti dengan Perjuangan Rakyat Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin menerusi hantarannya di laman sosial X (terdahulunya Twitter).

Beliau mengutuk keras sikap masyarakat antarabangsa yang berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan kepada rakyat Palestin.

Pernyataan beliau adalah berhubung tindakan masyarakat antarabangsa yang memanipulasikan media dan hanya bersuara tentang solidariti tatkala rakyat Palestin membalas serangan Zionis demi mempertahankan hak mereka di tanah air sendiri.

“Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti.

Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa korban,” tambah Perdana Menteri itu.

Hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan Isu Palestin-Israel menerusi laman sosial X.

Hantaran beliau di laman sosial X itu turut disertakan dengan kenyataan media rasmi Wisma Putra yang menyaksikan rakyat Malaysia yang berterusan menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan pertempuran di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza.

Dalam kenyataan tersebut juga ada menekankan keperluan untuk menghentikan segala kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan yang berlaku.

Setakat jam 12 pagi semalam, lebih 370 rakyat Palestin dilaporkan terkorban, manakala ribuan orang lagi tercedera susulan pengeboman Israel ke atas Gaza. – Astro Awani

Related Articles

Back to top button