KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2025 – Kerajaan Malaysia dan Republik Demokratik Timor-Leste hari ini mengesahkan semula hubungan erat dan mesra mereka dengan majlis menandatangani dua (2) Memorandum Persefahaman (MoU) yang signifikan, menandakan komitmen baharu untuk mempertingkatkan kerjasama dalam bidang telekomunikasi dan media.
MoU tersebut ditandatangani oleh:
• Menteri Komunikasi Malaysia, YB Datuk Fahmi Fadzil.
• Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Timor-Leste, His Excellency Miguel Marques Gonçalves Manetelu.
• Setiausaha Negara bagi Komunikasi Sosial Timor-Leste, His Excellency Expedito Loro Dias Ximenes.
Pencapaian ini mencerminkan persahabatan dan kepercayaan bersama yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, dengan Malaysia merupakan antara negara terawal yang mengiktiraf kemerdekaan Timor-Leste pada tahun 2002.
Perincian Dua (2) MoU yang Ditandatangani
1. Memorandum Persefahaman Mengenai Kerjasama Telekomunikasi
• Ditandatangani antara: Kementerian Komunikasi Malaysia dan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Timor-Leste.
• Tujuan Utama: Mengukuhkan infrastruktur telekomunikasi, meningkatkan ketersambungan digital, dan mempromosikan pertukaran pengetahuan teknikal demi manfaat kedua-dua negara.
2. Memorandum Persefahaman Mengenai Pembangunan Maklumat dan Media
• Ditandatangani antara: Kementerian Komunikasi Malaysia dan Sekretariat Negara bagi Komunikasi Sosial Timor-Leste.
• Tujuan Utama: Memupuk kerjasama profesional melalui pertukaran maklumat, perkongsian berita, dan inisiatif pembangunan kapasiti untuk profesional media.
Komitmen Bersama kedua-dua negara mengulangi komitmen bersama mereka untuk memperdalam kerjasama dua hala dan mempromosikan hubungan rakyat dengan rakyat yang lebih erat. Malaysia dan Timor-Leste juga berharap untuk bekerjasama ke arah wilayah Asia Tenggara yang lebih terhubung, berdaya tahan, dan berpandangan ke hadapan.
