Pemeran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang berlangsung dari 23 Mei hingga 27 Mei antara acara yang terbesar selepas kali terakhir diadakan pada empat tahun yang lalu 2019, LIMA’23 edisi ke-16 kembali mencuri tumpuan dimana melibatkan anggaran 1,200 syarikat dari dalam dan luar negara terlibat dalam pameran.
“Berbanding dahulu (2019), kali ini lebih banyak penyertaan iaitu sebanyak 525 pempamer semuanya, selain penyertaan lima pasukan aerobatik terkemuka menjadikannya terbesar dalam sejarah.
Acara LIMA’23 juga amat menggalakan dan memberi peluang kepada syarikat tempatan dan luar negara untuk mempamerkan teknologi dan senjata serta aset. Antara penyertaan dari negara terkenal dengan pertunjukan udara iaitu Rusia, Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Pameran juga disertai 119 pesawat yang menyertai pameran statik dan aerobatik, selain 40 kapal tentera laut dari dalam dan luar negara,” katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan segmen maritim di Resort World Langkawi (RWL) di sini, hari ini.
Pameran LIMA’23 dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 billion selepas mendatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) untuk kedua-dua sektor pertahanan dan komersial menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Bagi Kementerian Pertahanan saja RM10 billion selebihnya membabitkan kementerian lain termasuk Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi lain yang terbabit sama dalam pameran kali ini,” katanya.
“Jadi hasil penganjuran LIMA ’23 kali ini dari segi nilai komersial, Kementerian Pertahanan dengan Kementerian Pengangkutan adalah hasil yang baik dan akan beri pulangan yang baik kepada negara dan industri tempatan kita,” katanya.
Sumber: BERNAMA
