Portal Hello

Lebih 10k calon SPM tidak hadir untuk SPM 2023 ?

PUTRAJAYA – Seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata jumlah ketidakhadiran itu perlu ditangani dan diteliti supaya langkah intervensi dapat dilaksanakan.

Kenapa pelajar tidak hadir

untuk menjawab SPM ?

“Kita akan teliti punca kenapa calon ini tidak hadir (menduduki SPM 2023), selepas berlaku penurunan agak banyak (bagi calon yang mendaftar SPM 2023 berbanding 2022).

Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya,

katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai lebih 10,000 calon tidak hadir menduduki SPM 2023.

Seramai 373,525 calon baharu menduduki SPM 2023, berbanding 373,974 pada 2022.

Sementara itu, Azman menegaskan, KPM tidak melarang mana-mana sekolah untuk mengadakan majlis apresiasi untuk calon SPM 2023.

Beliau bagaimanapun mencadangkan supaya majlis terbabit diadakan selepas cuti penggal persekolahan.

“KPM tak larang untuk mengadakan majlis aspresiasi calon SPM 2023, cuma kita mencadangkan majlis itu diadakan selepas cuti sekolah.

“Ini bagi membolehkan semua calon, ibu bapa dan guru2 dapat terbabit sama bagi memastikan majlis itu bertambah meriah,”

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.

11,713 calon dapat semua A, catat Gred Purata Nasional 4.60

SUMBER : BERITA HARIAN (YOUTUBE)

Sebentar tadi kita melihat dari perspektif negatif, kini kita melihat progres positif untuk pelajar SPM 2023.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding tahun lepas 4.74 pada SPM 2022.

Azman Adnan berkata seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023, dibandingkan dengan 10,109 calon pada 2022, sekali gus mencatatkan peningkatan.

“Seramai 131,480 calon (35.2 peratus) sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran pada keputusan SPM 2023, iaitu peningkatan sebanyak 3,296 calon (0.9 peratus), berbanding 128,193 calon atau 34.4 peratus pada 2022.

“Tahun ini peratus calon layak menerima sijil SPM adalah seramai 349,297 calon bersamaan 93.5 peratus berbanding 342,742 calon atau 91.6 peratus pada 2022,”

katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.9% dari tahun lepas dan ia merupakan perkembangan positif dalam sistem pendidikan di Malaysia.

SUMBER : BERITA HARIAN

Exit mobile version