Touch ‘n Go Group kolabrasi dengan United Voice untuk terus menambah baik produk yang menyokong perkhidmatan kewangannya dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Dengan prinsip kelestarian untuk memperkasakan orang yang kurang upaya pembelajaran seperti Sindrom Down, autisme, dan ADHD. Touch ‘n Go Group mengumumkan kerjasama jangka panjangnya dengan United Voice semalam, bermula dengan pembelian lukisan daripada artis United Voice dan menggabungkan karya seni pada edisi terhad yang direka khas Kad Touch ‘n Go dipertingkatkan.
Ini bertujuan untuk memprofilkan bakat artis ini untuk mengumpul dana untuk United Voice dariapda hasil daripada pembelian lukisan itu terus kepada setiap artis tersebut.
Kad Touch ‘n Go dipertingkatkan membolehkan pengguna membuat tambah nilai pada bila-bila masa, di mana-mana saja daripada aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang terdapat di peranti mudah alih. Tamabahan pula, pengguna kad dan perkhidmatan juga tidak dikenakan sebarang surcaj apabila tambah nilai dilakukan.
Kad ini didatangi dengan 10 rekaan lukisan dari artis lukisan yang berbeza seperti ‘Red Penyu’ oleh Ashley Wong dimana dikatakan Ashley mula melukis penyu selepas bercuti bersama keluarga ke Turtle Alley, Terengganu. Dia terpesona dengan pelbagai lukisan dan mural penyu di lorong itu, termasuk penggunaan batu kerikil di tanah dan dinding untuk mewakili penyu.
Ayuh anda boleh dapatkan Kad Touch n’ Go Enhanced Edisi Terhad dengan teknologi NFC ini di Pameran United Voice’ Art Exhibition di tingkat LG NUSentral shopping center, Kuala Lumpur dari 27 September 2022 sehingga 5th Oktober 2022.
RM25 sahaja tanpa perlu pra-tambah nilai. Setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli maksimum 2 kad dan stok adalah terhad.
