Kerajaan Buka 108 Sesi, Pembangkang Tak Datang Seorang Pun

Kerajaan telah menganjurkan 108 sesi libat urus dan penerangan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Setiap saluran dibuka, setiap persoalan dijawab, setiap kebimbangan diberi ruang untuk dibincangkan.
Bukan itu sahaja, lawatan tapak turut diadakan pada bulan Mei untuk memberi peluang kepada semua wakil rakyat – termasuk pembangkang – melihat sendiri keadaan kawasan yang bakal melalui proses pembaharuan. Namun, daripada 108 sesi dan satu lawatan rasmi itu, tiada seorang pun wakil pembangkang hadir.
Soalnya sekarang, bagaimana sesuatu pihak boleh menolak sesuatu dasar secara lantang, sedangkan mereka tidak pernah hadir untuk mendengar penjelasan atau menyemak fakta secara terus? Penolakan tanpa asas kukuh hanyalah persepsi politik, bukan analisis yang matang.
Kerajaan tidak menutup pintu dialog. Sebaliknya, peluang demi peluang dibuka kerana masa depan rakyat bandar adalah keutamaan. Namun, apabila pihak yang menentang enggan hadir, mereka sebenarnya melepaskan peluang untuk menyuarakan pandangan dan membetulkan sebarang kelemahan pada peringkat awal.
Masa depan pembangunan bandar tidak boleh dikorbankan hanya kerana permainan persepsi. Politik mungkin penting bagi sesetengah pihak, tetapi kesejahteraan rakyat jauh lebih utama.
Pintu dialog kekal terbuka – tetapi suara tanpa fakta hanyalah bising kosong



