Kekejaman Israel berleluasa, penduduk Gaza terkesan teruk

Isu konflik Palestin – Israel yang bermula pada 14 Mei 1948 masih berterusan dan hari ini merupakan hari yang paling teruk dalam tempoh 15 tahun bagi penduduk Gaza, Palestin.
Semenanjung Gaza terkesan teruk dengan serangan udara Israel yang membunuh hampir 300 rakyat Palestin, hanya dalam tempoh masa 24 jam menurut sumber dari pegawai Palestin.
Menurut ahli keluarga beliau, serangan pada hari sabtu lepas di selatan Semenanjung Gaza turut mengakibatkan kembar berusia tiga bulan, ibunya dan tiga kakak terkorban.
Berikutan perilaku kejam ini, jurucakap Israel berkata serangan yang dilakukan oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober yang lalu merupakan serangan terbesar mereka kepada pihak Israel yang menggunakan bedilan 5000 roket dari semenanjung Gaza yang membunuh hampir 700 warga Israel dan menawan beberapa darinya.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan serangan pejuang Hamas pada hari Sabtu itu merupakan satu perbuatan yang teruk dan ingin membalas serangan kepada penduduk Gaza.
Menurut statistik dari Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza, mereka melaporkan bahawa 370 rakyat Palestin terbunuh pada hai ini, 300 terbunuh pada hari sabtu yang lalu dan sebanyak 2200 jumlah rakyat yang cedera, sekaligus menjadikan jumlah terbesar rakyat Palestin terkesan dari isu ini sejak tahun 2008.
Serangan udara pada hari ini dapat memusnahkan pejabat, kem latihan pejuan Hamas, kediaman dan bangunan-bangunan yang lain.
Manakala United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA), sebuah badan PBB yang memberikan perkhidmatan penting kepada penduduk Palestin, telah melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 20,000 warga Palestin mencari perlindungan di 44 sekolah yang dikelolanya di Gaza.
Mereka mengsahkan bahawa dua kanak-kanak lelaki terkorban di sekolah yang dikendalikan oleh mereka dikawasan Younis dan Beit Hanoun.
Antara bangunan yang terkesan dengan serangan tersebut ialah tiga sekolah yang dikendalikan oleh URNWA tersebut.
Masjid Al-Amin yang dibina hasil pembiayaan sumbanga rakyat Malaysia juga turut musnah dalam serangan oleh pihak Israel tersebut.
Selain itu, keadaan di hospital Palestin pula semakin merungsingkan apabila jumlah pesakit yang meningkat dari biasa dan hanya bergantung kepada jana kuasa untuk bekalan elektrik selepas Israel memotong bekalan elektrik yang dibekalkan pada Sabtu yang lalu.



