PALESTIN – Kekejaman Israel semakin berleluasa dan terserlah kejahatan mereka dengan insiden terbaru semalam yang melibatkan lebih 500 orang palestin terkorban di Hospital Al-Ahli Arabi Baptist
Berdasarkan sumber dari pegawai Hamas, serangan tersebut mengorbankan mangsa yang terdiri dari orang awam, yang diarah berpindah daripada penempatan seperti kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Turut terkesan, mangsa dari pengeboman seperti doktor dan kakitangan perubatan yang berusaha sedaya upaya untuk merawat pesakit yang terkesan dengan serangan bertalu-talu dari pihak Israel.
Kementerian Kesihatan Palestin sudah mengesahkan lebih 500 orang terkorban dan mereka menuduh Israel atas serangan tersebut.
Israel didalam platform x menyatakan melalui jurucakapnya, “Daripada analisis sistem operasi IDF, serangan roket musuh telah dijalankan ke arah Israel, yang melalui sekitar hospital apabila ia terkena.
Menurut maklumat risikan, daripada beberapa sumber yang kami ada, pertubuhan pengganas Jihad Islam bertanggungjawab atas kegagalan tembakan yang melanda hospital itu.”
Bagaimanapun, jurucakap pihak Jihad Islam Daoud Shehab turut memberikan kenyataan dengan menyatakan “Ini adalah pembohongan dan rekaan, ia sama sekali tidak betul. Pendudukan cuba menutupi jenayah ngeri dan pembunuhan beramai-ramai yang mereka lakukan terhadap orang awam.”
Pelbagai sumber dan jurucakap dari pelbagai media di seluruh pelusuk dunia turut menyatakan bahawa Israel membuat penipuan diatas letupan dihospital semalam.
