Portal Hello

Hadiah Kerajaan MADANI: Masihkah Ada Yang Tidak Tahu Bersyukur?

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ketika kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memperkenalkan pelbagai inisiatif pro-rakyat melalui agenda MADANI, masih wujud segelintir pihak yang mempertikai usaha murni tersebut.

Terbaharu, pengumuman Program Sejahtera MADANI yang bakal memberi manfaat langsung kepada golongan B40 dan M40 dilihat sebagai kesinambungan kepada dasar peduli rakyat yang telah dilaksanakan sebelum ini seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Inisiatif eMadani, Rahmah Sales, penangguhan bayaran PTPTN, serta subsidi bersasar bahan api dan barangan keperluan asas.

Namun, dalam situasi negara sedang pulih daripada tekanan ekonomi global dan peninggalan beban pentadbiran lalu, wujud kelompok tertentu yang lebih gemar menabur persepsi negatif dan menolak untuk melihat realiti sebenar.

“Apakah lagi yang perlu dilakukan kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa kita sedang bergerak ke arah yang betul? Segala dasar dibuat bukan untuk populariti, tetapi untuk kesejahteraan jangka panjang,” kata seorang pemerhati politik ketika ditemui.

Menurutnya, apa yang lebih membimbangkan ialah sikap tidak menghargai di kalangan rakyat sendiri yang mudah dipengaruhi dakyah politik ekstrem dan fitnah di media sosial.

Kerajaan MADANI tidak menjanjikan bulan dan bintang, tetapi menawarkan kestabilan, keadilan dan masa depan yang mampan untuk semua lapisan rakyat.

Tiba masanya untuk rakyat menilai dengan mata hati, dan bukan semata-mata dengan emosi atau sentimen politik murahan

Exit mobile version