Portal Hello

EPL: Manchester United tidak kemuka rayuan insiden kad merah Casemiro

EPL: Manchester United tidak kemuka rayuan insiden kad merah Casemiro

EPL: Manchester United tidak kemuka rayuan insiden kad merah Casemiro

MANCHESTER United tidak akan mengemukakan rayuan terhadap penggantungan empat perlawanan yang dikenakan ke atas Casemiro selepas pemain itu dilayangkan kad merah sewaktu menentang Southampton hujung minggu lalu.

Susulan kad merah yang diterima, Casemiro perlu menjalani penggantungan empat perlawanan domestik, sekali gus bermakna dia akan terlepas perlawanan suku akhir Piala FA menenentang Fulham hujung minggu ini.

Semakan video bantuan pengadil (VAR) memastikan Casemiro selayaknya mendapat kad merah kerana terjahan berbahaya yang dilakukannya ke atas Carlos Alcaraz dalam babak pertama perlawanan di Old Trafford itu.

Pemain tengah itu turut dilayangkan kad merah sewaktu United menewaskan Crystal Palace 2-1 bulan lalu, sekali gus menjadi pemain pertama kelab itu menerima dua kad merah dalam satu musim Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Nemanja Vidic menerima nasib sama dalam kempen 2013-14.

Kad merah keduanya dalam kempen kali ini menyaksikan Casemiro perlu menjalani penggantungan empat perlawanan domestik dan ia bermakna, dia akan terlepas perlawanan suku akhir Piala FA menenentang Fulham hujung minggu ini selain tiga aksi liga bertemu Newcastle United, Brentford dan Everton.

Pengurus United, Erik ten Hag, mempertikaikan keputusan berkenaan selepas perlawanan itu dengan mendakwa terjahan yang dilakukan pemain berusia 31 tahun itu “keras tetapi bersih” dan melabel keputusan itu sebagai “boleh dipertikaikan”.

United awal pagi tadi mengesahkan bahawa mereka tidak akan mengemukakan rayuan terhadap penggantungan pemain kebangsaan Brazil itu kerana berpendapat mereka “tidak memiliki peluang besar untuk mengubah penggantungan itu”.

Casemiro, bagaimanapun, dapat memperkuatkan United ketika mereka berkunjung ke laman Real Betis bagi perlawanan kedua pusingan 16 Liga Europa (UEL) pada awal pagi Jumaat ini, di mana The Red Devils akan membawa bekalan besar selepas mencatatkan kemenangan 4-1 di Old Trafford minggu lalu.

ERIK ten Hag merungut kerana kurang konsisten dalam keputusan pengadil selepas dia kecewa dengan prestasi Anthony Taylor ketika Manchester United seri dengan Southampton pada Ahad.

United hanya mampu seri tanpa jaringan di Old Trafford selepas Casemiro dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama — pemain Brazil itu diberi arahan keluar padang atas terjahan ke atas Carlos Alcaraz.

Taylor pada mulanya melayangkan kad kuning kepada Casemiro, tetapi ia dinaik taraf kepada kad merah berikutan semakan VAR, menyebabkan pemain tengah United itu jelas kecewa selepas ulangan menunjukkan dia memenangi bola sebelum melakukan sentuhan terhadap Alcaraz.

Ini bermakna Casemiro adalah pemain United pertama yang menerima dua kad merah dalam satu musim Liga Perdana Inggeris sejak Nemanja Vidic pada 2013-14, dan dia akan menjalani penggantungan empat perlawanan berbanding tiga kerana ia adalah layangan kad merah yang kedua.

Terjahan itu tidak terlalu berbeza dengan insiden pada Sabtu apabila Ricardo Pereira melakukan perkara yang sama terhadap Joao Felix dan terlepas daripada hukuman sepenuhnya, dan ia merupakan sebahagian daripada kekecewaan Ten Hag, setelah melihat beberapa rayuan penalti turut tidak diberikan.

“Apa yang saya fikir adalah keputusan yang tidak konsisten; pemain sudah tidak tahu lagi polisi dan peraturan apa yang diguna pakai, dan saya fikir ia berlaku di [setiap pertandingan],” kata Ten Hag.

“Kami melihatnya dengan Liga Perdana Inggeris semalam; Leicester-Chelsea, VAR tidak digunakan. Hari ini, ia digunakan terhadap pemain kami.

“Dan kemudian terdapat dua situasi penalti, tetapi VAR tidak digunakan juga. Terutamanya rayuan kami terhadap penalti pertama, jelas sekali bola terkena tangan, jadi apakah peraturan yang sepatutnya digunakan?”

Ten Hag ditanya sama ada dia meminta penjelasan itu daripada Taylor selepas itu, walaupun dia nampaknya tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

“Sudah tentu, kami bercakap tetapi tidak banyak, jadi beberapa kami masih lagi memiliki persoalan terhadap keputusannya.”

Exit mobile version