Portal Hello

Ekosistem dan landskap pelaburan negara perlu lebih kreatif, mesra pelabur – PM Anwar

pelaburan

Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-43

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil semua pihak yang terlibat untuk memperfokuskan demi memastikan ekosistem dan landskap pelaburan negara lebih kreatif, mesra dan memberikan ruang perindustrian dan perniagaan kepada pelabur.

Anwar berkata begitu sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-43 semalam sebagai wadah bagi Kerajaan Persekutuan berunding dengan kerajaan negeri hal yang berkaitan dengan hal ehwal perancangan bandar dan desa termasuklah pembangunan fizikal negara sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

Anwar juga turut memfokuskan berkenaan aspek kecekapan dan kecepatan amatlah penting dalam menguruskan kelulusan pembangunan dan ia dilihat sebagai faktor utama pelabur ingin melabur di sesebuah negara, berbanding dengan insentif kewangan itu sendiri.

Pihak berkuasa yang terlibat dalam hal ini perlu mencari cara untuk menarik dan memudahkan pelaburan untuk masuk ke dalam negara, ujarnya lagi.

Anwar menyatakan tentang tahap berminat seseorang pelabur itu akan lebih meningkat apabila infrastruktur negara akan lebih teredia dan kepakaran modal insan yang akan membolehkan mereka untuk memulakan operasi dengan kadar yang segera untuk mengikut kesesuaian pelaburan yang telah dibuat.

Dikhuatiri jika Malaysia tidak berjaya dalam aspek ini, berkemungkinan ia akan menyebabkan pelabur berpindah ke destinasi lain di kawasan serantau, ujar Anwar.

Penekanan terhadap pembangunan ekosistem juga disebut oleh beliau, “Saya turut menekankan tentang keperluan untuk melihat kepada pembangunan ekosistem yang lengkap yang bersesuaian dalam membangunkan Pusat Data bagi memastikan cadangan pembangunan Pusat Data tersebut mempunyai nilai tambah dan lebih berdaya saing,” dalam catatan di laman Facebook beliau semalam, seperti yang dinyatakan.

Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) Tahun 2023

Di hantaran Facebook yang berbeza dalam hari yang sama , Anwar juga membincangkan berkenaan isu-isu perumahan di antara Kerajaan Perseketuan, Kerajaan Negeri dan pemain industri dalam hal yang menyentuh soal nasib rakyat seperti pembinaan dan baik pulih perumahan mereka.

“Saya setuju dengan sasaran bagi penyediaan 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Namun, apa yang lebih penting ialah supaya pencapaian ini dapat terus membawa manfaat kepada rakyat.

Sekali lagi saya telah memberi penekanan kepada usaha mempercepat tempoh kelulusan pembangunan supaya dapat memangkinkan pelaburan dan memperbaiki tahap memudah cara perniagaan (ease of doing business) di Malaysia. Ini akan menarik dan memudah cara pemaju untuk menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik.” katanya.

Anwar juga turut berkata berkenaan Konsep Perumahan Inklusif MADANI akan terus dijadikan sebagai teras pembangunan perumahan mampu milik bagi rakyat.

Usaha tersebut bermula dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyediakan rumah untuk pelbagai golongan yang disasarkan di Kuala Lumpur untuk permulaan dan akan dilaksanakan dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain.

Beliau berkata sebegitu sewaktu Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) Tahun 2023 semalam yang telah dihadiri oleh Menteri-menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Exco Perumahan Negeri, Menteri-Menteri Kabinet serta wakil agensi penyedia perumahan yang terdiri daripada Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun serta pihak pemaju perumahan swasta.

SUMBER : BERNAMA, FACEBO

Exit mobile version