TOKYO – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengatakan mereka berjaya membawa pulang RM6.6 billion potensi Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan RM700 juta potensi untuk eksport melalui Misi Perdagangan dan Pelaburannya ke Jepun baru-baru ini.
Beliau berkata pelaburan yang berjaya didapati tersebut berpotensi hingga ke RM23 billion dan potensi eksport sebanyak RM2.1 billion yang sebelum ini diperoleh pada misi pertama pada Jun, menjadikan jumlah potensi perlaburan dan potensi eksport dalam kedua-dua misi berjumlah RM29.6 billion dan RM2.8 billion masing masing.
“Pengumuman baru-baru ini sebanyak RM29.6 bilion dalam potensi pelaburan dan RM2.8 bilion potensi eksport dari Jepun mencerminkan hubungan kukuh, berpanjangan, dan hubungan yang saling menguntungkan antara Malaysia dan Jepun dalam perdagangan dan pelaburan.
“Apa yang penting ialah kebanyakan pelaburan baharu ini adalah daripada sektor yang disasarkan, termasuk tenaga boleh diperbaharui, elektrik dan elektronik, kimia dan ekonomi digital, selaras dengan misi Pelan Induk Perindustrian Baharu kami (NIMP2030),” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah lagi kenyataan dengan menyatakan usaha menarik pelaburan untuk menyokong misi tersebut ke arah teknologi dan pendigitalan memainkan peranan penting untuk memacukan inovasi, meningkatkan produktiviti dan juga mencipta peluang yang baharu untuk pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh.
Seperti yang disebut oleh beliau, pelaburan tersebut juga dapat menyahkarbonkan sektor pembuatan dan MITI nekad untuk memastikan pelaburan dalam dua misi tersebut dapat direalisasikan dengan segera dan serta merta.
Jelasnya lagi, pelaburan ini juga diusahakan untuk menghasilkan lebih banyak lagi peluang yang lebih baik untuk rakyat Malaysia dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan pekerjaan bergaji.
Tengku Zafrul turut menyebut pelbagai pelaburan yang berada di peringkat persekutuan dan negeri telah dipercepatkan melalui Jawatankuasa Penyelarasan dan Perdagangan (ITACC), dan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaburan (ICCM).
Misi pelaburan ini diadakan serentak dengan Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN – Jepun yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kerjasama agensi MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
MITI dan agensinya juga telah mengatur Mesyuarat Meja Bulat antara Perdana Menteri dan 25 kapten industri Jepun, serta pertemuan bersemuka ROHM Wako, NEC Corporation, dan Mitsui & Co Ltd.
Mereka juga telah menjadualkan pertemuan dengan Miyoshi Oil and Fat Co Ltd, Marubeni Corporation, Nichicon Corporation dan Itochu Corporation.
SUMBER : ASTRO AWANI
