Hiburan

Burger 67 sen ? Inisiatif burger harga “rahmah” oleh Mydin dipuji netizen

SUBANG – Tular di media sosial, burger ayam yang didakwa dijual di Mydin Subang berharga RM 0.67 sen sahaja.

Mydin memang terkenal dengan cara pemasaran yang rapat dengan pengguna, dan harga barangan yang boleh dikatakan murah berbanding pasaraya yang lain.

Seperti yang kita boleh lihat di video Tiktok milik @abangzabumalaysia, dia telah menunjukkan longgokan burger ayam yang dilabel ;

HARI HARI MYDIN MURAH, 23 – 25 OGOS – 3 HARI,
BURGER AYAM RM 0.67 SATU,
# TERHAD 2 UNIT SETIAP PELANGGAN

Berdasarkan label itu, promosi burger murah itu telah lama habis dan ianya terhad 2 burger sahaja bagi setiap pelanggan yang ingin membelinya.

Dalam video lain yang dimuat naik oleh orang yang sama, dia menunjukkan rupa dalam bungkusan burger tersebut.

Di dalam burger harga “rahmah” itu, ada diletakkan roti bersama patty ayam, sos, mayonis dan sedikit adunan sayuran.

Di dalam ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok bersetuju bahawa inisiatif dari Mydin ini sangat bagus, dan memberi peluang kepada yang kurang berkemampuan untuk membeli makanan yang murah.

Sebahagian pengguna dari ruangan komen juga menyamakan burger tersebut dengan burger yang dijual di stadium disebabkan rupanya yang sama dari luaran namun harga yang berbeza.

Harga yang agak aneh nombornya dikaitkan juga dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67 tahun ini, bersamaan dengan harganya RM 0.67.

Daripada tinjauan respon @abangzabumalaysia yang menjawab pertanyaan di ruangan komen, promosi itu mungkin hanya ada di Mydin Subang dan dia tidak pasti sama ada promosi itu ada di Mydin cawangan lain atau tidak.

Natijahnya, diharapkan pihak pengurusan Mydin Malaysia meneruskan inisiatif makanan harga “rahmah” ini kerana ia bukan sahaja menaikkan nama baik Mydin malahan ia dapat menarik minat pelanggan untuk kerap datang ke Mydin.

SUMBER : LOBAK MERAH

Related Articles

Back to top button