Portal Hello

Bil elektrik tinggi, Reaksi Bibik menghiburkan netizen

Baru-baru ini tular satu video CCTV yang menunjukkan reaksi seorang bibik yang menunjukkan reaksi terkejut seakan-akan sakit jantung sewaktu melihat bil elektrik rumah majikannya.

Kita juga mesti pernah mengalami situasi ini kan ? Tapi moga dijauhkan lah bil elektrik tinggi, guna elektrik seadanya dan secara cermat !

@alyaamran27

Musim panasss, aircond memanjang.. bill letrik pun buat suprise la😂🤣 #tanjatgegurl #anashangatahh

♬ original sound – Alyaninazirah – Alyaninazirah
SUMBER : (@alyaamran27) di TikTok

Dalam video yang bedurasikan 20 saat itu, dilihat bibik itu pergi ke arah peti surat untuk melihat jikalau ada apa-apa surat yang belum diambil oleh majikannya.

Kemudian, bibik tersebut mengambil dan melihat surat yang dipercayai bil elektrik dan menunjukkan reaksi seolah-olah “sakit jantung” dengan meletakkan tangan diatas dada, untuk menunjukkan perasaan terkejut yang dirasakan.

Netizen-netizen di ruangan komen juga menyatakan mereka menghadapi masalah yang sama berikutan bil elektrik yang mendadak naik dari RM 100 sehingga menjadi RM 500.

Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Alyaninazirah berkata dia juga sama sekali tidak menjangka bahawa bil elektrik rumahnya naik tiga kali ganda.

Bil elektrik yang meningkat secara mendadak dipercayai kerana suhu umum di negara Malaysia meningkat sehingga menjadi lebih panas dari biasa, dan menyebabkan penghawa dingin di rumah lebih kerap digunakan.

SUMBER : LOBAK MERAH

Exit mobile version