PUTRAJAYA – Belanjawan 2024 yang dijalankan pada 13 Oktober 2023, jumaat lepas telah membentangkan pelbagai peruntukan dan perbelanjaan untuk setiap aspek dalam negara secara menyeluruh.
Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Malaysia menerangkan intipati Belanjawan 2024 yang difokuskan untuk mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dalam mengendalikan isu dan masalah ekonomi didalam negara.
Intipati yang hendak difokuskan pada hari ini ialah mengenai isu bekalan air.
Menerusi kenyataan Anwar Ibrahim dalam sesi pembentangan Belanjawan 2024, beliau menyatakan bahawa kerajaan akan menyediakan peruntukan RM1.1 bilion bagi menyelesaikan isu bekalan air bersih terutamanya di Kelantan, Sabah dan Labuan.
Berikutan isu air bersih yang berlarutan di negeri-negeri tersebut, beliau berkata isu bekalan air di Kelantan terutamanya di belah kawasan Machang akan diperbaiki dengan adanya projek pembinaan Loji Rawatan Air Machang Fasa Satu yang boleh dimuatkan dengan kapasiti 250 juta liter air sehari.
Usaha tersebut dilaksanakan untuk membantu rakyat di Machang untuk meningkatkan lagi rizab air mereka.
Tambahnya lagi, paip simen asbestos turut bakal digantikan agar masalah paip bocor dapat dielakkan dari berulang.
Selain itu, berkenaan isu bekalan air di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, beliau berkata “bagi mengatasi isu bekalan air khususnya di Kota Kinabalu, tumpuan adalah untuk memulihkan dan menggantikan infrastruktur serta peralatan bagi meningkatkan kapasiti loji rawatan air, manakala di Wilayah Persekutuan Labuan usaha ditumpukan kepada penggantian paip-paip usang serta membaik pulih infrastruktur sedia ada.”
Harapan beliau agar usaha dan inisiatif dari kerajaan ini dapat mengurangkan beban rakyat-rakyat yang terkesan dari dahulu ekoran isu bekalan air bersih yang tak memcukupi.
