KUALA LUMPUR, 27 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak yang tidak henti-henti mengkritik kenaikan harga minyak, sambil menyindir mereka untuk melihat realiti di negara jiran.
“Kalau rasa minyak Malaysia mahal, silakan beli di Singapura. Tapi jangan lupa harga di sana berlipat ganda, jauh lebih tinggi dari apa yang kita bayar di sini,” katanya dengan nada tegas.
Beliau menegaskan kerajaan sudah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengekalkan harga bahan api pada kadar rendah, namun subsidi perlu ditumpukan kepada golongan yang lebih memerlukan.
Kenyataan Anwar ini dilihat sebagai tamparan kepada pihak yang hanya pandai berpolitik, tetapi gagal memberi idea konkrit untuk mengurus ekonomi negara.
“Rakyat yang rasional tahu, harga minyak kita masih murah. Jadi tak perlulah buat drama seolah-olah kita yang paling teruk di dunia,” kata seorang netizen di platform X mengulas kenyataan Perdana Menteri
