Portal Hello

Pertemuan Anwar, Hsien Loong Bakal Perkukuhkan Hubungan Dua Hala Malaysia-Singapura

Pertemuan Anwar, Hsien Loong Bakal Perkukuhkan Hubungan Dua Hala Malaysia-Singapura

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu rakan sejawatannya dari Singapura iaitu Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini, pertemuan yang disifatkan sebagai satu lagi peristiwa penting dalam hubungan dua hala apabila kedua-dua pemimpin mengesahkan komitmen mereka dalam dua projek mega.

Kedua-dua pemimpin akan mempunyai jadual yang padat dan sibuk pada hari ini kerana mereka juga akan menghadiri dua majlis berperingkat tinggi yang mempunyai kepentingan kepada kedua-dua negara.

Pada sebelah pagi kedua-dua pemimpin dijadualkan melawat projekk Sistem Transit Aliran (RTS LINK) di sini dan akan diberikan taklimat mengenai maklumat terkini kemajuan projek bernilai berbilion ringgit itu.

BACA Lagi: PM Anwar, PM Lee Menyaksikan RTS Link “Sambungkan” Malaysia Dan Singapura 

Link RTS merupakan projek laluan kereta api ulang-alik sepanjang kira-kira empat kilometer dengan dua stesen iaitu salah satu bertempatkan di Bukit Chagar, Johor Bahru, manakala satu lagi di Woodlands North, Singapura.

Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) iaitu laluan kereta api ulang-alik sepanjang kira-kira empat kilometer yang menyambungkan sempadan dari Malaysia ke Singapura.

MRT Corp telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan bahagian Malaysia sepanjang 2.7 kilometer bagi rangkaian rel dan struktur yang diperlukan, dan operasi itu akan dijalankan secara bersama-sama dengan Prasarana Malaysia Bhd dan SMRT Corp Ltd dari Singapura.

Setelah siap kelak, RTS Link akan menjadi jambatan darat ketiga ke Singapura dan dijangka dapat mengurangkan lagi kesesakan teruk yang sentiasa dialami di Tambak Johor.

Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) iaitu laluan kereta api ulang-alik sepanjang kira-kira empat kilometer yang menyambungkan sempadan dari Malaysia ke Singapura.

Selain RTS, Anwar dan Lee kemudiannya akan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara Malaysia dan Singapura.

Idea penubuhan zon itu pertama kali dicetuskan oleh Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli selepas pertemuan dengan kerajaan negeri Johor di Iskandar Puteri pada Mei tahun lepas, dan dua bulan selepasnya (Julai) yang kemudiannya dipersetujui kedua-dua negara bagi mengorak langkah lebih jauh dengan menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji daya maju penubuhan zon ekonomi khas tersebut.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengalu-alukan idea terebut dan menyatakan bahawa ‘kejayaan’ zon ekonomi itu boleh membawa kepada pengembangan pesat seperti bandar Shenzhen di China, yang telah berubah daripasa sebuah bandar kecil berpenduduk kira-kira 300,000 orang kepada bandar raya metropolis antarabangsa dan berteknologi tinggi yang pada kini telah didiami lebih 17 juta orang setelah empat dekad.

Pada 2022, Johor dilaporkan menerima pelaburan asing bernilai RM70.6 bilion dalam pelbagai sektor.

Singapura yang merupakan pelabur asing kedua terbesar di negeri itu, menyumbang kira-kira 70 peratus daripada jumlah penuh pelaburan langsung asing (FDI) Johor dalam sektor pembuatan.

Justeru, pewujudan zon ekonimi baharu bukan sahaja akan mengukuhkan lagi aktivit perdagangan dan perniagaan rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura, tetapi juga bakal menjadi hab ekonomi menarik di rantau Asia.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version