Portal Hello

PM Anwar Akan Terus Guna Petikan Ayat Al-Quran Dalam Ucapan

PM Anwar Akan Terus Guna Petikan Ayat Al-Quran Dalam Ucapan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan terus menggunakan petikan ayat al-Quran dan tafsiran dalam ucapannya, namun akan merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kontroversi.

Beliau berkata, petikan ayat al-Quran yang dilontarkan pada perhimpuan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini mencetuskan kontroversi, bagaimanapun beliau bersyukur kerana insiden itu menimbulkan minat masyarakat terutama anak-anak muda untuk membaca dan menelaah al-Quran secara lebih mendalam.

“Saya anggap penting bulan-bulan lain saya baca ayat al-Quran dan tafsir supaya menggalakkan perbahasan, tapi saya akan rujuk kepada Jakim terlebih dahulu suapaya (dapat) mengellakkan kontroversi,” katanya pada majlis perhimpunan bulanan JPM di sini hari ini.

Pada perhimpunan bulanan JPM Disember tahun lepas, Anwar dilaporkan memetik kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi dalam surah al-Kahfi yang mengundang reaksi ramai serta dijadikan polemik politik.

Walaupun menyifatkan serangan terhadapnya keterlaluan susulan kontroversi itu, Anwar bagaimanapun berkata mana-mana pemimpin yang memberi ucapan sebaiknya harus mempunyai rujukan al-Quran.

Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan bahawa beliau mengaitkan kisah berkenaan pada ketika itu adalah bertujuan untuk menyeru penjawat awam agar sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak ketika menjalankan tugas.

Tonton video penuh perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De’ Endon PUSPANITAPURI di Putrajaya, pada Isnin.

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍

Sumber: BERNAMA, Facebook PMX

Exit mobile version