Penukaran wang syiling Bersama MyPay Coin Conversion dengan memuat turun aplikasi MyPay di peranti anda. Bukan itu sahaja, tambahkan simpanan bank anda menggunakan wang syiling sahaja. Cari lokasi tukaran syiling terdekat melalui aplikasi MyPay dan tukaran ini tidak dikenakan caj dan 100% percuma. Menarik bukan? Dari tabung anda terus ke dalam akaun bank sendiri.
Selain itu, Anda juga boleh menggunakan MyPay untuk membuat semakan status, pencarian maklumat dan pembayaran atas talian bagi Agensi-Agensi Kerajaan dengan mudah pada satu platform sahaja.
Langkah-langkah penggunaan MyPay Coin Conversion
Langkah 1
Muat turun aplikasi MyPay daripada Google Play Store atau Apple App Store dan daftarkan akaun anda
Langkah 2
Bawa wang syiling anda ke booth kami yang terletak di
Booth MyPay Coin Conversion di Subang Parade atau Berjaya Times Square aras LG pada setiap hari dari 10 pagi hingga 7 malam secara walk in atau temu janji.
Langkah 3
Serahkan wang syiling anda untuk disahkan oleh mesin pengira dan imbas kod QR untuk pilih bank akaun tujuan. Anda akan diberikan resit
Langkah 4
Anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi MyPay untuk mengesahkan pemindahan ke dalam akaun bank anda
Langkah 5
Gunakan MyPay untuk imbas kod QR yang dipamerkan oleh krew MyPay
Langkah 6
Isikan maklumat akaun bank anda dan pengesahan maklumat untuk dikreditkan ke dalam akaun bank anda
Langkah 7
Transaksi anda berjaya! Anda akan menerima notifikasi setelah wang dikreditkan ke dalam akaun bank anda
Jika anda berminat untuk sertai sebagai rakan MyPay Coin Conversion, sila ke https://mypay.com.my/coinconversion/merchant untuk maklumat lanjut.
