Portal Hello

Akta 588 ke arah ekosistem digital yang lebih selamat

INISIATIF kerajaan melaksanakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) merangkumi pelesenan media sosial disambut baik orang ramai.

Langkah itu disifatkan sebagai pendekatan berani dan progresif dalam usaha menangani cabaran ekosistem dalam talian yang semakin membimbangkan.

agi Nur Hanna Affifah Mohd Fazil pula mengakui, langkah itu penting dalam memberi perlindungan dan menjamin keselamatan pengguna.

Pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaya berkata, dirinya tidak terkecuali berdepan pelbagai risiko yang wujud di media sosial.

“Ia bukan sekadar kes-kes jenayah yang semakin kerap kita dengar, tetapi juga cabaran dunia maya mampu menyebabkan tekanan luar biasa.

“Kita sedia maklum, dunia di hujung jari sekarang amat membimbangkan.

“Diharap dengan pelaksanaan Akta 588 ini, ia dapat membantu mengurangkan statistik jenayah siber di Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, pengendali platform media sosial juga digesa untuk memainkan peranan dengan lebih bertanggungjawab membendung salah laku di platform mereka.

Oleh itu, beliau berharap pelaksanaan akta tersebut secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan statistik jenayah siber di Malaysia.

Exit mobile version