Portal Hello

6 Hari Tragedi Zayn Rayyan : Siapakah pembunuhnya ?

Rayyan

PETALING JAYA – Kita dikejutkan dengan berita kematian kanak-kanak autisme,  Zayn Rayyan Abdul Matiin yang baru sahaja berumur 6 tahun dan polis mengsyaki dia dibunuh selepas siasatan dijalankan. Tapi, siapakah pembunuhnya ?

Menurut siasatan polis, berkemungkinan mayat kanak-kanak autisme itu dibuang di kawasan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman pada hari yang sama Zayn Rayyan ditemukan iaitu tarikh 6 Disember 2023.

Setelah difahamkan, siasatan yang dijalankan oleh pihak polis berkenaan kes Zayn Rayyan ini agak rumit kerana adanya cabaran cuaca hujan lebat dikawasan siasatan untuk mencari bukti-bukti yang kukuh.

Namun begitu, pihak polis terus kuat mempergiatkan siasatan mencari bahan bukti disekitar Blok R iaitu kediaman mangsa untuk mengumpul lebih banyak maklumat serta bukti berkaitan suspek kes tersebut.

Siasatan tersebut termasuklah dengan saringan DNA secara besar-besaran yang melibatkan ramai dari penghuni Apartment Idaman dan Datuk Hussein Omar Khan selaku Ketua Polis Selangor ada kesan kecederaan pada leher mangsa (jerutan) di badan mangsa, dan dipercayai seorang individu mungkin terlibat dalam kes pembunuhan ini.

“Dengan kesan itu (pada leher dan badan mangsa) kita percaya seorang individu. Kita tengok semua sudut, semua ‘database’ polis dan juga ‘mass screening’.

“Kita harap boleh dapat petunjuk positif sehingga boleh tangkap penjenayah ini, buat masa ini petunjuk yang ada ini menjurus kepada seorang,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Hussein melaporkan bahawa setakat ini, sebanyak 228 sampel DNA daripada penghuni Apartment Idaman di sini telah diambil, dan proses tersebut akan diteruskan untuk menyokong siasatan.

Beliau menjelaskan bahawa sebanyak 48 individu, termasuk ibu bapa mangsa, guru, 45 saksi, dan jiran, telah memberikan keterangan.

Siasatan polis diteruskan dan mereka menumpukan siasatan kepada kawasan stor yang terletak 50 meter dari kediaman mangsa dan ingin mengenal pasti individu yang kerap berada di stor tersebut.

Dalam pada itu, pihak polis juga meneruskan penilitian video kamera papan muka (dashcam) setiap kenderaan penduduk dikawasan berkenaan untuk membantu siasatan lanjut.

“Banyak persoalan yang perlu dijawab, cuma kita perlu fakta yang boleh menjawab soalan itu, jadi kita sama-sama berdoa agar kita boleh tangkap penjenayah itu.” luah Ketua Polis Selangor tersebut.

KRONOLOGI PERMULAAN KEHILANGAN DAN KEMATIAN ZAYN RAYYAN

Mengikuti kes ini dari hari pertama kes tersebut tular, 5 dan 6 Disember merupakan tarikh ibunya menyatakan bahawa anak istimewanya itu telah hilang dan dia berkongsi di Facebook tentang kehilangan anaknya.

Sehari selepas ibu dan ahli keluarganya mencari, namun masih menjadi tanda tanya dimanakah pergi keberadaan anaknya itu dan ibunya meminta bantuan penduduk setempat untuk turut membantu mencari anaknya disekitar kawasan tersebut.

Dilaporkan, beberapa kanak-kanak dikawasan itu memberitahu bahawa mereka ternampak mangsa masuk ke kawasan belukar berhampiran. Tambahnya lagi, mangsa juga dikatakan nampak berkeliaran bermain di tingkat tiga blok kediamannya namun melarikan diri sejurus selepas melihat kehadiran orang lain.

Pada hari yang sama, operasi mencari Zayn Rayyan dijalankan di sekitar bangunan perumahan serta kawasan berhampiran dengan adanya kerjasama bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dibantu oleh Unit Anjing Pengesan (K9) dan bomba.

Namun, sekali lagi mereka masih gagal untuk menjumpai apa apa petunjuk mengenai ke mana mangsa telah pergi.

Pada waktu malam hari yang sama, pihak polis telah menggerakkan operasi pencarian rumah ke rumah yang membabitkan sehingga 40 anggotanya dan dibantu oleh 60 warga setempat.

Operasi tersebut dijalankan dan sebanyak 2,482 unit kediaman di 18 blok apartmen terbabit dalam pencarian itu.

Dan akhirnya, pada 6 Disember tepat waktu 10 malam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata mayat mangsa iaitu Zayn Rayyan tersebut telah ditemui di kawasan sungai.

Siasatan terhadap mangsa diteruskan dan keesokkan harinya, Datuk Hussein Omar Khan selaku Ketua Polis Selangor mengesahkan Zayn Rayyan telah dibunuh dan kes tersebut akan disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sama-sama kita doakan supaya kebenaran akan terserlah, dan mendoakan keselamatan keluarga mangsa.

SUMBER : UTUSAN , ASTRO AWANI

Exit mobile version