Teknologi

6 Cara Mudah tukar kad debit CIMB menerusi dalam talian

Anda malas tunggu berjam-jam atau sibuk dengan kehidupan seharian untuk beratur di bank hanya untuk menukar kad debit bank? Kini anda tidak perlu beratur di bank. Teknologi makin maju dan semuanya dihujung jari.

Ini cara tukar kad CIMB secara online, sebahagian daripada anda mungkin mahu memperbaharui kad debit CIMB yang bakal atau sudah tamat tempoh.

Cara menukar kad debit CIMB menerusi dalam talian.

  • Layari laman web khas CIMB untuk memohon pembaharuan kad debit tersebut dengan klik link https://www.cimbclicks.com.my/


  • Anda perlu isikan maklumat yang diperlukan termasuklah enam angka nombor terakhir IC dan empat angka terakhir kad debit pada ruangan yang disediakan. Klik pada butang PROCEED setelah selesai.
SUMBER GAMBAR: CIMB
  • Selepas itu, nombor OTP akan dihantar menerusi nombor telefon yang telah didaftarkan dan isikan nombor OTP untuk pengesahan. Untuk ke proses seterusnya klik CONFIRM

  • Pilih proses pembaharuan kad debit sama ada penghantaran ke rumah atau ambil di cawangan CIMB berdekatan.

  • Anda disarankan untuk mengambil pilihan pertama untuk penghantaran kad terus ke rumah tanpa perlu pergi ke cawangan lagi. Selepas tanda pada pilihan pertama klik PROCEED.
SUMBER GAMBAR: CIMB
  • Sahkan alamat untuk penghantaran kad debit, kemudian tekan pada PROCEED dan YES untuk pengesahan terakhir.
SUMBER GAMBAR: CIMB

Tiada caj dikenakan untuk pembaharuan kad debit ini. Selepas selesai menghantar permohonan, kad debit baharu akan dihantar dalam tempoh 14 hari berkerja pada alamat yang telah anda isi. Perlu diingatkan, pembaharuan kad debit CIMB menerusi dalam talian hanya boleh dilakukan bagi kad debit yang telah tamat tempoh atau bakal tamat dalam masa tiga bulan.

Semoga tutorial ini memberi manfaat dan memudahkan utusan anda untuk buat pembaharuan kad debit CIMB secara atas talian sahaja. Klik button share dibawah untuk kongsikan artikel ini kepada orang ramai supaya berguna untuk mereka membuat pembaharuan kad debit pada masa akan datang.

Related Articles

Back to top button